Saturday 7 June 2014

Jom jalan Ho Chi Min City Dengan Bajet Anda

Kami menawarkan pakej ground ke Ho chi Min City dengan bajet di tgn anda...anda boleh mndapatkan pakej mengikut kemampuan anda..insyallah, kami akan menolong anda....

Kami menawarkan pakej ground Rm600...dari airport transfer, makan pagi, tghari dan malam..penginapan di hotel berdekatan pasar ben tanh..perjalanan dan tiket masuk chu chu tunnel dan sg mekong...shopping di sekitar bandar ho chi min( bin tay market, sport center dan sebagainya), round sekitar ho chi min(pejabat pos dan sebagainya).

Atau anda boleh mengurangkan bajet kurang dari rm600...anda cuma perlu menghubungi kami...pastikan rombongan anda melebihi 10 org yer...lebih senang kami nak uruskan kenderaan di sanaà..

Jom Jalan dan Shopping..

Monday 14 April 2014

Ho Chi Min City: Restoran dan Makanan Yang Anda Perlu Cuba

Kadang2, apabila kita nak berjalan dan melancong ke negara orang, perkara pertama yang selalu di fikiran kita adalah makanan. senang atau susah nak dapatkan makanan halal...sedap atau tak...macam2 dalam fikiran kita...tapi di vietnam, sebenarnya kita tak perlu susah hati, sebab kita akan dapat menikmati makanan di Ho Chi Min City dengan senang...sedap atau tidak, bergantung kepada individu...tapi kalau orang tanya saya...adakah makanan di vietnam sedap atau tak...saya akan kata sedap...hehe

Tapi ada satu masalah je makan di vietnam ni..makanan agak mahal di vietnam...sekali makan je,  kita terpaksa membayar dari rm15 ke rm30 seorang...makan pagi je mungkin sorang rm10...itulah satu masalah kalau nak makan di vietnam..

Antara restoran yang dapat saya senaraikan di vietnam,yang selalu orang malaysia kunjungi dan makan:

1. Halal Saigon
Terletak di jalan dongdu...berhadapan dengan masjid...popia di sini sedap..kalau ke sana, cubalah try..restoran ni, kepunyaan orabg malaysia yg menetap di ho chi min

2. Vietnam delight, restoran kepunyaan orang singapore..mmg sedap...terletak di jalan le lai...

3. The Daun Restaurant, jugak milik orang singapore yang menetap di sana..ramai org malaysia makan di sini..cuba cari  facebook the daun untuk melihat makanan apa yg disajikan disini.

4. Vn Halal, terletak di jalan phon hong thai...dekat dengan pasar ben than

5. Four season

6. D'anjung, terletak di dalam pasaraya Parkson di jalan le than thon

7. Bombay restoran, juga tertelak di jalan dong du bersebelahan dengan reatoran halal saigon

8. Restoran Melayu Champa..byk restoran yg di bukak oleh melayu champa..penduduk vietnam yg berbangsa melayu dan islam..antaranya restoran salim yg menyajikan makanan yg agak murah

9. Kedai makan hajah basyiroh, restoran 1 malaysia, restoran sri melayu, kedai makan sup...kesemua ini terletak di malaysian street

Sebenarnya, malaysian street ni adalah julukan yang diberikan oleh orang malaysia dan orang vietnam kepada jalan nguyen an ninh kerana ramainya rakyat malaysia yang menginap di hotel  di jalan tersebut...kalau naik lif, jumpa orang malaysia..di situ, terdapat byk hotel dan kebanyakan hotel didiami oleh rakyat malaysia..antaranya hotel saigon pink2, hotel an tam, hotel hoang gia huy dll...best kan? Hehe

Byk lagi restoran yang ada di ho chi min yg menyajikan makanan halal, di sg mekong pun terdapat restoran halal..jadi tak perlulah risau kalau ke vietnam yer...

Byk makanan yang terdapat di vietnam...ada masakan melayu..ada masakan melayu champa..ada masakan asal vietnam...antara yang paling glamer di vietnam adalah  pho(sup daging), po pia, kari champa dan lain lain...tak dilupakan kopi vietnam..sapa tak rasa pho dan kopi vietnam....rugi wooo..

Ps: Kalau teringin nak makan masakan vietnam, jgn lupa contact kami untuk uruskan perjalanan anda...

Thursday 13 March 2014

HCM City: Tempat-tempat Menarik Yang Wajib Dikunjungi

Ho Chi  Min City sebuah tempat yang wajib dilawati oleh mereka yang minat  melancong ke luar negara. Byk tempat menarik dan bersejarah di sana.Kita boleh memilih tempat mana yang hendak kita lawati..

1- Chu Chu Tunnel:
Terowong yang digunakan oleh tentera vietnam semasa perang. tempat  yang menarik untuk dilawati untuk mengetahui sejarah peperangan, senjata yang digunakan, perangkap2 yang dipasang untuk musuh, terowong yang panjangnya 120km lebih...kita boleh lihat terowong yang sempit yang digunakan masa tu..

2- Sg Mekong
 Di sini kita boleh melihat keindahan alam semulajadi sekitar sungai mekong..merasai kehidupan rakyat vietnam yang tinggal di tepi sungai..pengalaman menaiki sampan2 kecil dan bot2 melintasi sg mekong yang besar.

3.Pejabat Pos HCM City
Dapat melihat pejabat Pos lama peninggalan Perancis. Sungguh unik dan di dalamnya ada terdapat gerai2 menjual barang2 cenderahati.

4. Menyusuri Sg Saigon
Kita boleh melihat keindahan HCM City melalui sg saigon. Cruise ini boleh dinaiki pada waktu siang atau malam..ikut kesesuaian kita.

5. Perkampungan Muslim
Sebagai pelancong muslim, perkampungan melayu muslim di Vietnam adalah satu pengalaman yang menarik. Kita boleh melihat budaya muslim di sana..keadaan rumah, masjid dan sebagainya. Kita juga boleh membantu saudara kita di sana.

Byk lagi tempat2 yang menarik di HCM City yang boleh kita terokai....

Jgn lupa hubungi kami untuk ke sana yer...



Saturday 1 March 2014

HO CHI MIN CITY: Sejarah City

Ho Chi Min City adalah bandaraya terbesar di Vietnam. Nama asal HCM adalah Saigon. Ia adalah hub budaya dan ekonomi bagi negara Vietnam. Mengikut sejarah, HCM merupakan wilayah kerajaan kemboja sebelum kurun ke 17. Selepas kurun ke 17, diperintah sendiri oleh rakyat dan bangsa Vietnam.

Pada kurun ke 19, Vietnam telah dijajah oleh Perancis. Mereka telah menjadikan Saigon sebagai bandar koloni yang baru sehinggalah tercetusnya peperangan di Vietnam.Pada 1975, kerajaan Komunis telah mengambil alih HCM City dari kerajaan Perancis dan nama Saigon telah bertukar menjadi Ho Chi Min City.

HCM City terletak di selatan Vietnam dan berhampiran dengan Sg Mekong . Sg Mekong merupakan sg yang panjang yg merentasi beberapa negara termasuklah Vietnam, Kemboja, Thailand, dan China.

HCM City mempunyai iklim  tropika dan mempunyai 2 musim: musim hujan dan musim kering. musim hujan antara bulan Mei hingga November. Manakala musim kering pulak dari bulan disember hingga April.

Jadi, untuk ke sana, kita kena merancang dengan teliti. 

kalau nak ke Vietnam, jgn lupa contact kami yer:)

Friday 21 February 2014

Pakej Pelancongan Islam

Kalau anda ingin berjalan2 bersama keluarga...
Kalau anda dan rakan2 sekerja ingin melancong..
kalau anda ingin membawa orang bersiar2...
atau anda ingin membuat pakej untuk melancong dan makan angin...

ANDA BOLEH HUBUNGI KAMI...

Anda tak tahu nak jalan ke mana...
Anda nak beli barang, tapi tak tahu nak dapatkan di mana...

ANDA JUGA BOLEH HUBUNGI KAMI..

Kami akan membawa anda ke mana yang anda ingini..Anda yang menetukan tarikh dan tempat lawatan..

Jom Jalan dan Shopping..

Saturday 15 February 2014

Pakej Ground Bandung..RM650

-Sapa  yang ingin nak ke Bandung untuk shopping..nak beli kain untuk raya...jgn tangguh lagi ke Bandung...

-Sapa yang ada group nak ke bandung..perlukan pakej di sana, jgn lupa contact kami yer...

-Anda mungkin tak mempunyai wang yg byk..nak pakej ekonomi, insyallah kami boleh tolong uruskan...

-Pakej kami hanya RM650..mungkin boleh murah lagi...mungkin boleh mahal lagi...semuanya bergantung atas bajet anda,,,,,jgn lupa yer contact kami

Wednesday 5 February 2014

Selepas Bandung, Jom ke Ho Chi Min city, Vietnam

Kalau kita tak ke Bandung, kita takkan tahu apa yg ada di sana...Jgn lepaskan peluang untuk ke Kota Bandung..penuh dengan tempat yg cantik...tempat yg bersejarah...tempat untuk shopping, samada shopping untuk peribadi atau untuk berniaga...makanan juga sedap dan menyelerakan...So, apa tunggu lagi...jom kita ke Bandung..

Selepas ni, admin nak cerita pulak pasal Ho Chi Min City, Vietnam...Tunggu yerrrrrr

Tuesday 4 February 2014

Bandung: Makanan yang enak untuk dinikmati

Makanan Indonesia memang  tidak asing bagi kita yang duk di Malaysia. Malaysia mempunyai pelbagai bangsa dan etnik...tambahan pula, Malaysia dibanjiri oleh penduduk Indonesia yang bekerja di sini. Walaupun begitu, kalau kita ke Bandung, kita jgn ketinggalan untuk menikmati makanan yang ada di sana...mungkin kita tak pernah merasai kenikmatan makanan masyarakat sunda...masyarakat minang dan sebagainya...Di sini, saya nak senaraikan beberapa restoran dan makanan yang perlu dicuba oleh orang Malaysia..:

  1. Restoran masakan minang Sederhana: menyajikan makanan padang yang menjanjikan kepuasan kepada yg menikmatinya. restoran ini terletak di jalan setiabudi..sedap dan harga pun oklah...duk negara org..hehe
  2. Restoran Soto Semarang,  terletak di jalan sukamaju...restoran ini menyajikan makanan soto dan sate..
  3. restoran Ampera..restoran makanan sunda..restoran ini byk cawangan di Bandung...boleh tahan sedapnya makanan sunda ni...untuk pengetahuan semua...masyarakat sunda adalah masyarakat utama di kota Bandung
  4. Restoran ayam penyet...yg ni mesti ramai yg pernah rasa di malaysia.
  5. Restoran di dalam pasar Baru...byk kedai makan di dalam Pasar Baru...ada makanan padang..sunda..ayam penyet...sup bontot(ekor) dan sebagainya
  6. Terdapat juga kedai makan yang menjual nasi goreng di sepanjang jalan di Bandung..yg menariknya, selalunya ada 2 atau 3 jenis nasi goreng je ada disediakan...nasi goreng biasa..dan special(ada petai dan kambing)
  7. byk lagi restoran yg terdapat di Bandung...kita cuma perlu pergi dan rasa...sedappppppppppppp
Kalau nak ke Bandung...sila contact kami yer

Monday 3 February 2014

Bandung: tempat shopping yang tidak boleh kita tinggalkan..

Bandung terkenal dengan tempat shopping yang best lagi murah...kalau kita ke Bandung, amatlah rugi kalau kita tak mengambil kesempatan untuk kita membeli belah di sana. Barangan lelaki atau perempuan, dewasa atau kanak2..semua ada..Antara tempat shopping yang perlu anda kunjungi:


  • Pasar Baru: Pusat beli belah yang paling glamer bagi orang Malaysia dan pelancong...Dalam ni ada pelbagai barang...kain sulam...baju untuk lelaki dan perempuan..baju budak2..seluar..baju...kasut..beg dan lain2..kawasan ni penuh dengan orang terutama orang tempatan..Di sini kebanyakan barang dijual dengan harga borong..Cuma kita perlu hati2 bila berjalan di kaki lima diluar pasar baru..Ramai dah menjadi mangsa kecurian..macam2 cara..ada yang tarik kaki kita...ada yang sengaja langgar kita...yg penting, bila kita bawak beg, letakkan beg itu di depan kita..
  • Cibaduyut: Pusat barangan kulit. Di sini kita boleh membeli barangan kulit seperti kasut, jaket dan sebagainya..kita akan rambang mata bila melihat kasut kulit berjenama untuk kita pakai balik malaysia..
  • Jalan Cihampelas: sepanjang jalan sini, kita akan dapat melihat jeans..baju2 branded dan lain2 lagi
  • Toko Tiga: Tempat jual barangan jeans terutama seluar...mereka yang minat jeans ..memang akan kelabu mata bila datang ke Toko Tiga
  • factory outlet:  Kawasan paling banyak Factory Outlet Store (FOS) ialah di Jalan Riau dan Jalan Dago, namun Jalan Setiabudhi mempunyai Rumah Mode, FOS paling popular di Bandung. Di FOS, kita akan dapat membeli baju2 yang cantik dan branded..
  • Kartika Sari; Kat sini kita boleh pergi memborong Kek dan brownies dan lain2..memang sedap..
  • Banyak lagi tempat2 yang menarik...yang atas tu pun tak larat nak jalan dah,,hehe
jgn lupa yer..kalau nak ke bandung, sila lah contact kami,..kami akan memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Friday 31 January 2014

Bandung: Tempat-tempat Menarik Untuk di lawati

Bandung terkenal untuk sejumlah besar bangunan lama yang seni binanya bergaya Belanda. Kedudukannya di tanah Tinggi menjadikan Bandung suatau tempat yang cantik permandangannya, sejuk cuacanya dan nyaman udaranya. Antara tempat2 menarik untuk di lawati:

  1. Takuban Perahu: Kawasan tanah tinggi yang mempunyai gunung berapi. Gunung berapi di Takuban Perahu dikenali sebagai Gunung Berapi Kawah Ratu.
  2. Gunung Berapi Kawah Putih; Salah satu kawasan tarikan pelancongan..
  3. Gedung Sate
  4. Muzium Asia Afrika, tempat berlangsungnya Persidangan Asia-Afrika pada tahun 1955
  5. Hot spring Ciater.
  6. Trans Studio, Bandung Super Mall,: Tempat kanak2 bermain
  7. Taman Safari, agak jauh dari bandung...terletak di tengah perjalanan antara bandung dengan jakarta. Taman safari ini menjanjikan kelainan dengan apa yg kita pernah lihat di Malaysia.
  8. Byk lagi tempat menarik...nanti sambung yer

Saper2 yang teringin nak ke Bandung, jgn lupa contact kami yer..

Thursday 30 January 2014

Bandung: Pengenalan

Kota Bandung ialah ibu kota provinsi Jawa Barat di Indonesia. Pada zaman dahulu, kota ini dikenali sebagai Parijs van Java, iaitu "Paris di Jawa" dalam bahasa Belanda. Disebabkan lokasinya di dataran tinggi, Bandung terkenal kerana iklim yang sederhana dan oleh itu, telah menjadi salah satu destinasi pelancong yang popular. Bandung juga mempunyai banyak institusi pendidikan tinggi swasta, termasuk juga sebuah institusi pendidikan tinggi awam, yang menyebabkannya termasyhur sebagai salah satu kota pelajar di Indonesia. Secara geografinya,Bandung terletak di tengah-tengah provinsi Jawa Barat pada koordinat 107° T and 6° 55’ S. Sebagai ibu kota, lokasinya ini mempunyai nilai-nilai yang strategik kepada daerah-daerah di sekitarnya. Luasnya kota Bandung 16,767 hektar, dengan tingginya ±768 meter di atas min aras laut. Pada umumnya, kawasan-kawasan utaranya yang tingginya ±1050 meter adalah lebih tinggi, berbanding dengan kawasan-kawasan selatan yang tingginya ±675 meter. Bandung dikelilingi oleh pergunungan sehingga merupakan sebuah lembangan. Sungai-sungai utama mengalir melalui kawasan kota Bandung, antaranya Sungai Cikapundung dan Sungai Citarum serta anak-anak sungainya yang umumnya mengalir ke arah selatan dan bertemu di Sungai Citarum. Disebabkan ini, Bandung selatan sangat rentan terhadap masalah banjir. Untuk ke Bandung...sila hubungi kami yer....:)

Wednesday 22 January 2014

Bandung-Paris Van Java

Pakej bandung (ground) 4 Hari 3 malam RM550: Pakej termasuk:_ - Penginapan di hotel 4*(berdekatan dengan pasar baru, Bandung) termasuk sarapan -Pengangkutan berhawa dingin -bayaran cukai di airport bandung. -bayaran masuk ke takuban perahu(gunung berapi kawah ratu) pakej tak termasuk: -tiket kapal terbang -makan tengahari dan malam -keperluan peribadi RM630 (pakej seperti di atas termasuk makan tengahari dan malam) kami juga boleh membantu untuk mendapatkan tiket kapal terbang. Jom jalan.....

Kawasan Yang Sering Dikunjungi sekitar Jakarta

Pasar Tanah Abang, Jakarta

Taman Permainan Ancol
Pasar Tanah Abang...
Menara Monas.........
Masjid Istiqlal...........
Thamrin City.............

Byk lagi kawasan yang selalu dilawati oleh pelancong2....
Masjid Istiqlal, Jakarta

Menara Menas

Tanah Abang

Tanah Abang

Dalam Pasar Tanah Abang

Pakej Ground ke Jakarta

Pakej Jakarta (ground) 4 Hari 3 malam

RM600: Pakej termasuk:_

- Penginapan di hotel 4*(berdekatan dengan pasar Tanah Abang, Jakarta)
termasuk sarapan
-Pengangkutan berhawa dingin
-bayaran cukai di airport jakarta.
-bayaran masuk ke taman mini jakarta

pakej tak termasuk:

-tiket kapal terbang
-makan tengahari dan malam
-keperluan peribadi

RM680 (pakej seperti di atas termasuk makan tengahari dan malam)

kami juga boleh membantu untuk mendapatkan tiket kapal terbang.

Jom jalan.....

Pakej Pelancongan Yang Murah Lagi Menarik

Kami menawarkan beberapa pakej untuk anda dan keluarga serta kawan2 untuk berjalan2...makan angin..dan yang paling penting boleh bershopping..

Antara destinasi yang kami tawarkan:

-Ho Chi MIn City, Vietnam
-Jakarta
-Bandung
-Guangzou, China
-Dal lain2 lagi

Salam Perkenalan

Selamat bertemu dalam blog...Kami mengajak anda untuk menikmati keindahan alam semulajadi di dalam dunia ciptaan Allah SWT...