Monday 3 February 2014

Bandung: tempat shopping yang tidak boleh kita tinggalkan..

Bandung terkenal dengan tempat shopping yang best lagi murah...kalau kita ke Bandung, amatlah rugi kalau kita tak mengambil kesempatan untuk kita membeli belah di sana. Barangan lelaki atau perempuan, dewasa atau kanak2..semua ada..Antara tempat shopping yang perlu anda kunjungi:


  • Pasar Baru: Pusat beli belah yang paling glamer bagi orang Malaysia dan pelancong...Dalam ni ada pelbagai barang...kain sulam...baju untuk lelaki dan perempuan..baju budak2..seluar..baju...kasut..beg dan lain2..kawasan ni penuh dengan orang terutama orang tempatan..Di sini kebanyakan barang dijual dengan harga borong..Cuma kita perlu hati2 bila berjalan di kaki lima diluar pasar baru..Ramai dah menjadi mangsa kecurian..macam2 cara..ada yang tarik kaki kita...ada yang sengaja langgar kita...yg penting, bila kita bawak beg, letakkan beg itu di depan kita..
  • Cibaduyut: Pusat barangan kulit. Di sini kita boleh membeli barangan kulit seperti kasut, jaket dan sebagainya..kita akan rambang mata bila melihat kasut kulit berjenama untuk kita pakai balik malaysia..
  • Jalan Cihampelas: sepanjang jalan sini, kita akan dapat melihat jeans..baju2 branded dan lain2 lagi
  • Toko Tiga: Tempat jual barangan jeans terutama seluar...mereka yang minat jeans ..memang akan kelabu mata bila datang ke Toko Tiga
  • factory outlet:  Kawasan paling banyak Factory Outlet Store (FOS) ialah di Jalan Riau dan Jalan Dago, namun Jalan Setiabudhi mempunyai Rumah Mode, FOS paling popular di Bandung. Di FOS, kita akan dapat membeli baju2 yang cantik dan branded..
  • Kartika Sari; Kat sini kita boleh pergi memborong Kek dan brownies dan lain2..memang sedap..
  • Banyak lagi tempat2 yang menarik...yang atas tu pun tak larat nak jalan dah,,hehe
jgn lupa yer..kalau nak ke bandung, sila lah contact kami,..kami akan memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

No comments:

Post a Comment