Thursday 13 March 2014

HCM City: Tempat-tempat Menarik Yang Wajib Dikunjungi

Ho Chi  Min City sebuah tempat yang wajib dilawati oleh mereka yang minat  melancong ke luar negara. Byk tempat menarik dan bersejarah di sana.Kita boleh memilih tempat mana yang hendak kita lawati..

1- Chu Chu Tunnel:
Terowong yang digunakan oleh tentera vietnam semasa perang. tempat  yang menarik untuk dilawati untuk mengetahui sejarah peperangan, senjata yang digunakan, perangkap2 yang dipasang untuk musuh, terowong yang panjangnya 120km lebih...kita boleh lihat terowong yang sempit yang digunakan masa tu..

2- Sg Mekong
 Di sini kita boleh melihat keindahan alam semulajadi sekitar sungai mekong..merasai kehidupan rakyat vietnam yang tinggal di tepi sungai..pengalaman menaiki sampan2 kecil dan bot2 melintasi sg mekong yang besar.

3.Pejabat Pos HCM City
Dapat melihat pejabat Pos lama peninggalan Perancis. Sungguh unik dan di dalamnya ada terdapat gerai2 menjual barang2 cenderahati.

4. Menyusuri Sg Saigon
Kita boleh melihat keindahan HCM City melalui sg saigon. Cruise ini boleh dinaiki pada waktu siang atau malam..ikut kesesuaian kita.

5. Perkampungan Muslim
Sebagai pelancong muslim, perkampungan melayu muslim di Vietnam adalah satu pengalaman yang menarik. Kita boleh melihat budaya muslim di sana..keadaan rumah, masjid dan sebagainya. Kita juga boleh membantu saudara kita di sana.

Byk lagi tempat2 yang menarik di HCM City yang boleh kita terokai....

Jgn lupa hubungi kami untuk ke sana yer...



Saturday 1 March 2014

HO CHI MIN CITY: Sejarah City

Ho Chi Min City adalah bandaraya terbesar di Vietnam. Nama asal HCM adalah Saigon. Ia adalah hub budaya dan ekonomi bagi negara Vietnam. Mengikut sejarah, HCM merupakan wilayah kerajaan kemboja sebelum kurun ke 17. Selepas kurun ke 17, diperintah sendiri oleh rakyat dan bangsa Vietnam.

Pada kurun ke 19, Vietnam telah dijajah oleh Perancis. Mereka telah menjadikan Saigon sebagai bandar koloni yang baru sehinggalah tercetusnya peperangan di Vietnam.Pada 1975, kerajaan Komunis telah mengambil alih HCM City dari kerajaan Perancis dan nama Saigon telah bertukar menjadi Ho Chi Min City.

HCM City terletak di selatan Vietnam dan berhampiran dengan Sg Mekong . Sg Mekong merupakan sg yang panjang yg merentasi beberapa negara termasuklah Vietnam, Kemboja, Thailand, dan China.

HCM City mempunyai iklim  tropika dan mempunyai 2 musim: musim hujan dan musim kering. musim hujan antara bulan Mei hingga November. Manakala musim kering pulak dari bulan disember hingga April.

Jadi, untuk ke sana, kita kena merancang dengan teliti. 

kalau nak ke Vietnam, jgn lupa contact kami yer:)