Saturday 1 March 2014

HO CHI MIN CITY: Sejarah City

Ho Chi Min City adalah bandaraya terbesar di Vietnam. Nama asal HCM adalah Saigon. Ia adalah hub budaya dan ekonomi bagi negara Vietnam. Mengikut sejarah, HCM merupakan wilayah kerajaan kemboja sebelum kurun ke 17. Selepas kurun ke 17, diperintah sendiri oleh rakyat dan bangsa Vietnam.

Pada kurun ke 19, Vietnam telah dijajah oleh Perancis. Mereka telah menjadikan Saigon sebagai bandar koloni yang baru sehinggalah tercetusnya peperangan di Vietnam.Pada 1975, kerajaan Komunis telah mengambil alih HCM City dari kerajaan Perancis dan nama Saigon telah bertukar menjadi Ho Chi Min City.

HCM City terletak di selatan Vietnam dan berhampiran dengan Sg Mekong . Sg Mekong merupakan sg yang panjang yg merentasi beberapa negara termasuklah Vietnam, Kemboja, Thailand, dan China.

HCM City mempunyai iklim  tropika dan mempunyai 2 musim: musim hujan dan musim kering. musim hujan antara bulan Mei hingga November. Manakala musim kering pulak dari bulan disember hingga April.

Jadi, untuk ke sana, kita kena merancang dengan teliti. 

kalau nak ke Vietnam, jgn lupa contact kami yer:)

No comments:

Post a Comment