Monday 14 April 2014

Ho Chi Min City: Restoran dan Makanan Yang Anda Perlu Cuba

Kadang2, apabila kita nak berjalan dan melancong ke negara orang, perkara pertama yang selalu di fikiran kita adalah makanan. senang atau susah nak dapatkan makanan halal...sedap atau tak...macam2 dalam fikiran kita...tapi di vietnam, sebenarnya kita tak perlu susah hati, sebab kita akan dapat menikmati makanan di Ho Chi Min City dengan senang...sedap atau tidak, bergantung kepada individu...tapi kalau orang tanya saya...adakah makanan di vietnam sedap atau tak...saya akan kata sedap...hehe

Tapi ada satu masalah je makan di vietnam ni..makanan agak mahal di vietnam...sekali makan je,  kita terpaksa membayar dari rm15 ke rm30 seorang...makan pagi je mungkin sorang rm10...itulah satu masalah kalau nak makan di vietnam..

Antara restoran yang dapat saya senaraikan di vietnam,yang selalu orang malaysia kunjungi dan makan:

1. Halal Saigon
Terletak di jalan dongdu...berhadapan dengan masjid...popia di sini sedap..kalau ke sana, cubalah try..restoran ni, kepunyaan orabg malaysia yg menetap di ho chi min

2. Vietnam delight, restoran kepunyaan orang singapore..mmg sedap...terletak di jalan le lai...

3. The Daun Restaurant, jugak milik orang singapore yang menetap di sana..ramai org malaysia makan di sini..cuba cari  facebook the daun untuk melihat makanan apa yg disajikan disini.

4. Vn Halal, terletak di jalan phon hong thai...dekat dengan pasar ben than

5. Four season

6. D'anjung, terletak di dalam pasaraya Parkson di jalan le than thon

7. Bombay restoran, juga tertelak di jalan dong du bersebelahan dengan reatoran halal saigon

8. Restoran Melayu Champa..byk restoran yg di bukak oleh melayu champa..penduduk vietnam yg berbangsa melayu dan islam..antaranya restoran salim yg menyajikan makanan yg agak murah

9. Kedai makan hajah basyiroh, restoran 1 malaysia, restoran sri melayu, kedai makan sup...kesemua ini terletak di malaysian street

Sebenarnya, malaysian street ni adalah julukan yang diberikan oleh orang malaysia dan orang vietnam kepada jalan nguyen an ninh kerana ramainya rakyat malaysia yang menginap di hotel  di jalan tersebut...kalau naik lif, jumpa orang malaysia..di situ, terdapat byk hotel dan kebanyakan hotel didiami oleh rakyat malaysia..antaranya hotel saigon pink2, hotel an tam, hotel hoang gia huy dll...best kan? Hehe

Byk lagi restoran yang ada di ho chi min yg menyajikan makanan halal, di sg mekong pun terdapat restoran halal..jadi tak perlulah risau kalau ke vietnam yer...

Byk makanan yang terdapat di vietnam...ada masakan melayu..ada masakan melayu champa..ada masakan asal vietnam...antara yang paling glamer di vietnam adalah  pho(sup daging), po pia, kari champa dan lain lain...tak dilupakan kopi vietnam..sapa tak rasa pho dan kopi vietnam....rugi wooo..

Ps: Kalau teringin nak makan masakan vietnam, jgn lupa contact kami untuk uruskan perjalanan anda...

No comments:

Post a Comment